" Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut ,dan dengan tidak mengeraskan suara ,pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang2 yang lengah. " <>

Thursday, June 7, 2012

Green World

Bismillah Assalamua'laikum ... ^-^ Masih menuntut di sekolah, kolej @ mana2 IPT? buntu dan resah memikirkan pinjaman atau biasiswa yg kurang mencukupi ? Jom sertai group millionaire-to-be for students , dengan hanya bayaran serendah RM 50, inshaAllah, berbaloi utk anda menjana pendapatan tambahan serendah rm100 setiap minggu . Dengan bayaran rm 50, anda akan di beri E-book utk anda mengetahui cara selanjutnya apa yg perlu di buat. Berminat & jangan lepaskan peluang ini ^-^ Klik link berikut utk mendapat review penuh group : http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=drhaura Terima kasih

Saturday, May 5, 2012

kembara dunia

Bismillahi Rahmani Rahim :') Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah Sekian lama jari jemari berehat dari mencoret rasa di Gen-nurani :) , bukan kerana malas apatah lagi tidak mahu berkongsi, tetapi tanggungjawab yang berbaris menuntut keutamaan . Subhanallah Hampir 2 minggu lagi, inshaAllah profesional exam fasa 2 bakal 'bertandang' . Allahuakbar, segala rasa hadir di jiwa. Memikirkan tanggungjawab yang besar tergalas di bahu di tambah mereka yang tersayang, hati terus bangkit berusaha sedayanya biiznillah . " Ya ALLAH, aku sangat bahagia apabila semua yang tersayang juga bahagia, bantulah aku ya ALLAH, tiada daya & kekuatan melainkan segalanya dengan izin MU ya Rabb, berilah aku lulus dgn penuh barakah dari MU, amin ya Rabbal a'laamin " Setiap hari didik hati untuk bersyukur, sabar dan terus bersabar. Hanya itu penawar yang terbaik tatkala resah hadir di jiwa. :') walau apa jua terjadi, segalanya dalam taqdir dan perancangan ALLAH jua, senyum seindah langit yang membiru :')

Thursday, March 8, 2012

Jadual tahun 2012

Bismillah ...

9/4 - 13/4 : peperiksaan selanjar 3 doktor perubatan

: long-case examination

22/5 - 28/5 : professional exam phase 2 medical doctor

1/6 : research on kangaroo mother care at hospital sultanah aminah johor bharu

Ya ALLAH, engkau redhailah setiap langkahku agar sentiasa dalam lindungan rahmatmu insyaALLAH, ameen ya Rabb

aqad & walimah



Bismilahi Rahmani Rahim...

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, aqad & walimah di permudahkan ALLAH segala urusan.

Subhanallah !!!

Friday, December 16, 2011

Ana Benci Politik, Benci Siasah. Nak Tarbiyah je ?!

Benci politik. Tidak suka politik. Berkecuali dalam politik. Orang-orang ini tidak tahu apa erti politik. Dia juga tidak sedar bahawa Islam juga perlu berpolitik. Memilih pemimpin yang mementingkan rakyat juga adalah salah satu usaha dakwah dalam politik. Antara kita mahu percaya ataupun tidak, politik memang satu kepentingan.

Politik itu seni. Ia memerlukan kualiti pemikiran dan kebijaksanaan kepimpinan untuk menggarapnya. Soal mahu menjadi AHLI POLITIK atau tidak itu adalah soal yang kedua. Tetapi manusia tidak boleh memencilkan diri daripada politik. Benar sekali kata Michael B. Coleman, ahli politik daripada parti Demokrat Amerika Syarikat, " you may not interested in politics, but politics are interested in you".


Muslim tidak mampu untuk tidak peduli kepada politik. Politik itu adalah seni mengatur kehidupan manusia, dan ia adalah salah satu juzuk terpenting dalam agamanya-islam. Memencilkan diri daripada politik bermaksud meninggalkan cabang besar amar makruf nahi mungkar. Tidak mungkin tanggungjawab ini terbiar , melainkan pasti ada dosa dan fitnah yang mengiringinya.

Muslim boleh mengambil sikap non-partisan sebagai bentuk pendirian politiknya. Mereka melaksanakan urus tadbir kehidupan manusia melalui badan-badan NGO atau pertubuhan kebajikan, mengikut kebolehan dan peluang masing-masing. Tetapi muslim tidak boleh mengambil sikap tidak ambil peduli kepada parti.


Jesteru membiaknya spesies Muslim yang alergi dengan politik adalah wabak yang mengundang kehancuran. Dalam sopan mereka oportunis, dalam diam mereka menjadi kaum yang manipulatif. Semuanya gara-gara mahu aman, tetapi tidak mahu berusaha dan menyumbang kepada keamanan. Mahu keselamatan tetapi tidak mahu memperbaiki apa-apa untuk kebaikan bersama. Lantang mengkritik polisi-polisi yang membebankan tetapi terlalu malas untuk bertindak lebih sekadar mengkritik. Mereka menikmati keamanan hasil penat lelah orang lain, mereka menikmati keselamatan hasil jerih payah orang lain.

Pendapat mengatakan jika seseorang terlibat dengan politik maka imannya menjadi lemah tidak boleh diguna pakai, ini terbukti kerana Rasulullah SAW juga berpolitik malah menjadi ketua seluruh ummat islam namun baginda tetap teguh dengan agama islam. para sahabat juga berpolitik namun tidak sedikit pun keimanan mereka berkurang malah mereka menjadi lebih tawadhu' dan merendah diri. begitu juga para tabiin, tabi' tabiin, dan khalifah-khalifah islam yang terdahulu.

Politik tidak menjadikan iman mereka lemah dan berkurangan.ini kerana tapak iman dalam diri mereka kuat, tidak rapuh dan tidak roboh dibadai dugaan dan cubaan. itulah bezanya kita dengan mereka. ummat akhir zaman ini ditimpa satu penyakit iaitu cintakan dunia takutkan mati. sebab itu terdapat segelintir dari kita apabila berada di atas mudah lupa diri. mata mereka jadi buta disebabkan gila terhadap dunia yang sementara sehingga sanggup gadai maruah dan agama. Berkurangnya keimanan mereka itu bukan disebabkan politik tetapi disebabkan penyakit mereka itu dan disebabkan tiada tapak keimanan yang kuat dalam diri mereka.


Rasulullah SAW tidak memimpin secara politik demokrasi, secara diktator atau pun secara autokrasi. Dengan kefahaman yang tinggi tentang jiwa, akal, dan perasaan manusia, Rasulullah SAW telah berjaya memimpin secara fitrah. Maksudnya, Rasulullah SAW membawa manusia ke jalan yang diyakininya tanpa paksaan dan tekanan. Ia mampu memindahkan hasrat yang terpendam dilubuk hatinya menjadi hasrat orang lain. Ertinya politik Rasulullah ialah politik dari hati ke hati.

Atas dasar ini, Rasulullah SAW berjaya menawan jiwa manusia dan daripada situlah seluruh harta, tenaga dan nyawa pengikut-pengikutnya diserah bulat-bulat untuk Islam. Di antara fitrah semulajadi manusia ialah mahu pandangannya dihormati dan dihargai. Rasulullah sedar hakikat ini.


Oleh itu apabila Rasulullah berhadapan dengan ahli ekonomi seperti Abd Rahman bin Auf, yang minat serta kecenderungannya di bidang perniagaan, beliau memupuk bakat itu supaya terus subur dan berkembang. Akhirnya Abdul Rahman Bin Auf pun menjadi pengusaha yang berjaya.

Bila Rasulullah SAW berhadapan dengan pakar di bidang ketenteraan seperti Khalid Al Walid, maka semangat perwiranya terus disuburkan ke arah jihad fisabilillah, kebalikan daripada semangat Assobiyah (Nasionalisme).

Bila baginda berhadapan dengan ahli fikir, pakar strateji dan kepala perancang seperti Umar IbnulKhattab, maka Rasulullah SAW terus mendorong ke arah bagaimana untuk menggunakan kepakaran itu buat kemenangan dan kejayaan Islam. Oleh itu setiap individu di kalangan para sahabat akan rasa dihargai kerana bakat dan kelebihan semulajadinya berperanan dalam perjuangan Islam.

Rasulullah adalah 'Bapa Politik Islam'. Baginda dapat mencari ruang di celah-celah asakan jahilyyah untuk menegakkan Islam. Rencananya dapat menembusi dinding Darul Nadwah, "Parlimen" orang Arab jahiliyyah dan berjaya menukar orang yang pernah duduk di kerusi Darul Nadwah menjadi "orang penting" dalam pemerintahan Islam.
credit: be humble

Akhirnya... MASA DEPAN ADALAH MILIK ISLAM!