" Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut ,dan dengan tidak mengeraskan suara ,pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang2 yang lengah. " <>

Friday, December 17, 2010

Tinta Pemilik Cintaku setelah Allah & RasulNYA...insyaAllah...

Rasulullah SAW bersabda:

“Satu hari nanti kamu akan dikerumuni musuh, sebagaimana semut
menggerumuni makanan”

Sahabat-sahabat bertanya:

“Apakah kami ketika itu sedikit ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab:

“Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi hanya seperti buih di lautan”

Seperti buih di lautan. Seperti buih di lautan. Seperti buih di lautan.

Sabda Rasulullah SAW yang masyhur akan keadaan ummatnya pada akhir
zaman, tergiang-giang di dalam kepalaku. Ak-47 kurapatkan di dada.
Teman setiaku beberapa tahun kebelakangan ini. Kulayan seperti salah
sebuah bahagian tubuhku.

Sekarang aku sedang bertahan bersama sekumpulan kumpulan pejuang yang
lain. Israel memecah masuk kawasan kami secara mengejut semalam dan
melakukan kemusnahan yang besar. Mujur, plan kecemasan dapat berjalan
dengan baik, maka bilangan yang terkorban amat sedikit. Kini, bandar
ini telah kosong dan yang tinggal hanya pejuang-pejuang sahaja.

Dalam kesejukan malam yang mencecah 0 darjah celcius ini, fikiran aku
menerawang kepada nasib kami, penduduk tanah berdarah Palestina.

Sampai bila agaknya kami akan begini?

Tiba-tiba bahuku dicuit. Aku menoleh, kelihatan Abu Syahid sedang
tersenyum ke arahku. Terang cahaya rembulan membuatkan wajahnya yang
bersih tampak bersinar.

“Pejuang tidak boleh leka wahai Asad.”

Aku mengemaskan pegangan senjataku. Kami ditugaskan mengawal di
bahagian hadapan. Menanti musuh yang melalui di kawasan ini untuk
melancarkan serangan hendap.

“Apa yang kamu fikir-fikirkan hingga kulihat seakan-akan rohmu sudah
terawang-awangan?” Abu Syahid menyoal. Walaupun umurnya lebih tua, dan
pengalamannya lebih luas, dia memang terkenal dengan sikap ramah
dengan mereka yang lebih muda daripadanya.

“Hanya terfikir akan nasib kita” Aku menjawab pendek. Segan sebenarnya.

Abu Syahid mengangguk. “Apa maksud nasib kita?”

“Ya la, nasib bumi kita ini, nasib diri kita ini”

“Kau rasa menyesal dengan nasib yang Allah berikan ini?”

Aku menggeleng. Sesekali tidak. Walaupun orang melihat ini satu
bencana, aku melihat ini satu kemuliaan. Peluang berjihad di jalan
Allah, peluang mengorbankan nyawa, dan peluang untuk mencapai syahid.
Kemuliaan apakah yang lebih besar daripada kemuliaan ini?

“Saya cuma terfikir akan masa hadapan kita”

“Kau rasa kita tiada masa hadapan?”

Sekali lagi aku menggeleng. “Bukankah Allah telah berjanji tidak akan
mensia-siakan kita?”

Abu Syahid menguntum senyum. “Habis, apa yang kau gusarkan?”

“Bila semua ini akan berakhir?” Aku menghela nafas.

“Bila ummat terislah” Jawapan pendek Abu Syahid, membuatkan aku diam
dan berfikir.

Bila ummat terislah. Tambah aku teringat akan hadith riwayat Abu Daud tadi.

“Kalau begitu, tidak akan berakhir la perjuangan kita ini?” Aku
mendalami mata Abu Syahid.

Abu Syahid ketawa kecil. “Akan berakhir, apabila ummah ini terislah”

Dan aku diam. Abu Syahid pula tidak menyambung kalamnya. Perhatian
kami terus tertumpu pada suasana sekeliling. Rembulan terang hari ini,
menemani penjagaan kami.

*****

“Usamah nak ikut abang” Tangan kecilnya menarik seluarku. Ditarik
mengejut, membuatkan kifayeh di leherku melebar ke dada. Aku
membetulkan kifayehku, sekaligus duduk memandang mata biru Usamah.

“Sayang, sayang tinggal di rumah dengan ibu. Abang mungkin tidak akan pulang”

Dan aku keluar tanpa memandang ke belakang lagi. Tangisan Usamah
selepas itu tidak menghentikan langkahanku. Yang menemaniku hanyalah
Ak-47 warisanku daripada ayah yang telah syahid, dan keimanan aku yang
tidak tergugah kepada Allah SWT.

“Ibu redha kamu sayang, ibu redha” Itu kata-kata ibu dengan linangan air mata.

Bom!

Bumi bergegar. Ledakan bom yang amat kuat mengejutkan aku dari lena.

“Yallah, bergerak mengikut rancangan, bergerak!” Abu Syahid sebagai
ketua pertahanan mengeluarkan arahan.

Aku terus bergerak ke posisi yang telah ditetapkan. Kami menggunakan
teknik Khalid Al-Walid semasa peperangan Mu’tah untuk mengabui musuh
dengan membuatkan bilangan kami kelihatan ramai.

Bulan terang merupakan kekurangan kepada kami yang cuba bersembunyi
dalam kegelapan malam, namun ini juga kelebihan kami untuk mengesan
kehadiran mereka. Kami seakan-akan seri.

Aku tidak terus membedil. Memandangkan bekalan peluru kami amat
sedikit, aku lebih senang memerhatikan sasaran aku terlebih dahulu,
dan menembak dengan tepat. Tidak membazirkan peluru aku. Kelebihan
yang Allah berikan kepada aku adalah, mata aku amat tajam.

Aku membidik beberapa kali pada kelibat-kelibat yang mampu ditangkap
oleh mataku. Setiap bidikan menamatkan nyawa. Aku amat arif dengan
pakaian ketenteraan Israel. Kami telah mengkaji di bahagian mana
peluruh boleh menembusi tubuh mereka.

Rakan-rakanku yang lain membedil dengan ganas tanpa memberikan peluang
tentera-tentera Israel bergerak maju ke hadapan.

“Wama ramaita iz ramaita walakinnallaha rama!” Abu Syahid menjerit
sebelum melepaskan tembakan bazooka.

Peluru menuju tepat ke lubang penembak kereta kebal, menyebabkan
kereta kebal itu meletup dengan kuat sekali. Kedudukan tentera Israel
semakin jelas dengan cahaya dari api yang keluar. Aku mengambil
peluang ini dengan membidik mati beberapa orang lagi tentera Isarel.

“Ubah posisi!” Abu Syahid mengeluarkan arahan. Tembakan Abu Syahid
tadi menjelaskan kedudukan kami, menyebabkan bangunan tempat kami
bersembunyi diketahui. Tentera Israel mula menumpukan perhatiannya ke
arah kami. Perkara ini sudah kami jangka. Kami bergerak ke posisi
seterusnya. Bangunan tempat kami bertahan, ditinggalkan.

Baru sahaja kami keluar dari bangunan itu, letupan besar berlaku
menyebabkan tingkat tempat kami berlindung tadi roboh dan hancur. Satu
lagi kereta kebal mereka menyerang.

Ketika ini, kami dapat mendengar tembakan bertalu-talu di kawasan
tentera Israel. Satu lagi kumpulan penyerang sedang melaksanakan
tugas. Mereka dari sudut yang berbeza, bertindak sebagai pengkucar
kacir barisan tentera Israel.

Strategi ini akan membuatkan kami kelihatan amat ramai, walaupun
sebenarnya satu pasukan kami, hanya 10 orang sahaja yang beraksi.
Malam ini, sekitar 3 kumpulan sahaja yang dihantar untuk menguruskan
tentera Israel yang memecah masuk kawasan ini.

“Tenang, tenang ya syabab” Abu Syahid menepuk-nepuk dadaku.

Aku mengoyak sengih. Aku tenang. Aku tenang. Peluru baru kumasukkan,
mengganti kelonsong-kelonsong kosong.

Kami menyerang lagi selepas tentera Israel mula menumpukan perhatian
mereka ke pasukan yang lagi satu. Keadaan mereka kucar kacir. Siapa
yang lebih tahu akan kawasan ini daripada kami? Hanya Allah.

Aku membidik dengan sepenuh perhatian. Bunyi letupan dan tembakan
peluru sudah menjadi musik harian aku. Semenjak ibu melepaskan aku
sebagai seorang mujahid, aku tidak lagi berhajatkan apa-apa melainkan
kemenangan di tangan muslimin. Aku tidak kisah tidur di mana sahaja,
aku tidak kisah makan minum apa sahaja, aku tidak kisah mandi atau
tidak. Aku hanya kisah perjuangan aku, dan hubungan aku dengan Allah
SWT.

Inilah hakikat menjadi mujahid. Hidup bukan mudah, jalan hidup
ditaburi duri-duri terpacak. Kalau dunia itu ada di dalam hati, maka
ini tidak akan mampu dilalui. Kecuali selepas melepaskan dunia
daripada hati, maka tiadalah apa-apa yang dihargai oleh diri ini
melainkan apa yang Allah redhai.

Dan aku sentiasa mengharapkan, aku adalah orang yang disabdakan oleh
Rasulullah SAW:

Rasulullah SAW bersabda:

“Akan sentiasa ada segolongan dari ummatku yang menegakkan kebenaran,
dan berjuang menentang musuh mereka. Barangsiapa yang cuba
menghampakan mereka, sesekali tidak akan dapat melukakan mereka,
mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka, sehingga datang keputusan
Allah, dan mereka akan tetap sedemikian”

Sahabat-sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, di manakah mereka ini?”

Rasulullah SAW menjawab:

“Di Baitul Maqdis, dan sekitar Baitul Maqdis”

“Takbir! Takbir! Takbir!”

Kami menyahut dengan Allahuakbar, sambil terus terusan membidik musuh.

Inilah harian kami. Kami, yang berada di sekeliling Baitul Maqdis.

****

“MasyaAllah ya syabab, kamu nampak amat bersemangat” Abu Syahid
menepuk belakang tubuhku.

Aku menggeleng. “Abu Syahid, apa bezanya denganmu? Walaupun berumur
tetap tangkas> Berapa kereta kebal telah kamu letupkan semalam?”

“Tiadalah kamu yang meletupkan itu apabila kamu meletupkan itu,
melainkan Allah jugalah yang meletupkannya”

Saya ketawa. Abu Syahid, amat merendah diri. Tawadu’, itu antara
ciri-ciri kepimpinan yang ada dalam semua pemimpin kami. Walaupun dia
seorang general yang hebat, tetap mempunyai ciri seperti ini.
Sebenarnya, kata-kata Abu Syahid tadi adalah maksud firman Allah SWT
yang sering dibacakannya sebelum menembak.

“Dan tidaklah kamu yang melontar ketika kamu melontar melainkan Allah
jugalah yang melontar”

Segalanya, diserahkan kepada Allah SWT.

“Alhamdulillah, Allah beri kemenangan kepada kita”

“Alhamdulillah” Aku dan rakan-rakan yang lain menjawab.

“Tapi Abu Syahid, kemenangan ini belum muktamad. Bila agaknya bumi ini
akan dibebaskan oleh Allah SWT?” Ahmad Khaffajah bersuara.

“Esok akan ada peperangan lagi, lusa akan ada peperangan lagi, dan
begitulah seterusnya ya Abu Syahid. Bila semua ini akan berakhir?”
Ayyub, seorang lagi sahabatku bersuara.

Abu Syahid mengukir senyuman. “Bila ummat terislah”

“Saya sebenarnya tidak faham. Apa maksud Abu Syahid apabila ummat
terislah? Kita sudah memperkuatkan diri kita semenjak beberapa tahun
ke belakangan ini. Kita telah menang pilihan raya dan berjaya melepasi
hari-hari sukar apabila Israel membedil tanah kita, bukankah kita
sudah ada kekuatan untuk menumbangkan mereka?” Muhannat, rakan rapatku
dalam kumpulan ini seakan tidak berpuas hati.

Aku juga ingin mengetahui jawapan Abu Syahid. Sebenarnya, bukan Abu
Syahid sahaja. Semua kepimpinan kami, kalau ditanya bila peperangan
ini akan berakhir, maka mereka akan menjawab: Bila ummat terislah.
Kami tidak faham.

Sedangkan, kami amat arif betapa tentera kami sudah cukup bersedia
untuk menumbangkan Tel Aviv. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini,
walaupun kami tahu teknologi mereka sudah meningkat, tetapi mereka
tetap tidak mampu menembusi sempadan kawasan kami. Semua peperangan
kami dengan mereka, berakhir dengan kemenangan di pihak kami.

Walaupun bilangan tentera kami lebih sedikit, dan senjata kami
tidaklah setaraf dengan senjata mereka, tetapi kami mempunyai kekuatan
yang mereka tiada. Malah, strategi kami amat ampuh. Pembuat-pembuat
senjata dan letupan kami juga semakin hebat.

Kenapa perlu menanti ummah ini terislah? Berapa lama itu?

Abu Syahid memandang kami semua. “Apakah kamu sudah bosan dengan harian kamu?”

“Tidak ya Abu Syahid, cuma hati kami tercalar-calar melihat tanah ini
dinodai. Kami ingin menghentikannya segera” Muntasir Billah, seorang
lagi ahli kami menjawab.

“Kalau niat kita benar hendak membersih bebaskan tanah ini, maka kita
kena bersabar sehingga ummat terislah”

“Itu yang kami tidak faham wahai Abu Syahid. Kenapa kena menunggu
ummat ini terislah?”

“Sebab apa yang jadi pada kita hari ini, adalah teguran Allah SWT
kepada ummah kita ini”

Dan kami diam. Tiada siapa menyambung tanya, tiada siapa membalas jawab.

Apa yang berlaku ke atas kami ini teguran kepada ummah?

“Hanya apabila yang ditegur itu tersedar dan menerima teguran, hanya
ketika itu teguran ini akan diangkat dan diselesaikan urusannya” Abu
Syahid terus tersenyum. Bazookanya disangkut di belakang tubuh.

“Ayuh, kita gerak” Dia mengeluarkan arahan dalam bentu ajakan,
terlebih dahulu melangkah dari kami.

Kami mengikut dalam diam.

Di dalam kepala, aku berfikir.

*****

Api yang menyala sedikit menghangatkan suasana. Sejuk hingga sampai ke
tulang sum-sum sedikit reda.

“Asadullah, bagaimana kamu?” Satu suara menyapa selepas salam dikeluarkan.

Aku mengangkat kepala. Sinan, senior dalam pergerakan perjuangan ini
bergerak mendekati aku.

“Duduk sahabat” Aku memberi ruang. Dia pun duduk.

“Kenapa aku nampak kau macam berfikir panjang? Teringat keluarga kah?”

“Terfikir bila kita boleh menang”

“Bila ummat…” Dan aku pantas memotong biocara Sinan, “Terislah?”

Sinan tersenyum manis. “Ya.”

“Kenapa begitu? Kenapa kita tidak boleh terus sahaja menyerang Tel
Aviv dan meruntuhkan kezaliman Yahudi walaupun kita berkemampuan?
Sudah lebih 60 tahun tanah Allah ini dinodai” Aku masih tidak faham.

“Sebab, kita tidak berjuang hanya untuk membebaskan sebidang tanah.”

“Eh?” Aku tambah hairan.

“Hal Palestina, bukan hal kita sahaja. Palestina, bukan tanah kita
semata-mata. Palestina, adalah masalah ummah. Ini tanah suci ketiga
ummah kita. Dan walaupun ini tarafnya tanah suci, ummah kita tetap
membuta mata dengan situasinya yang ternoda. Ini, menandakan ummah
kita ada masalah” Sinan berbicara.

“Jadi, apa kata kita runtuhkan Tel Aviv sahaja, dan mengakhiri
kesengsaraan ini?”

Sinan menggeleng. “Kalau ummah tidak terislah, maka kejayaan kita
adalah sia-sia”

“Kenapa?”

“Bayangkan, kita berjaya merampas Palestina dari Israel, kemudian?”

“Kemudian?”

“Tidakkah kau melihat betapa seluruh musuh-musuh Allah di pelusuk
dunia akan menumpukan serangan mereka ke arah kita? Ketika itu
bagaimana?”

Aku diam. Ya. Kalau kami berjaya, maka pastinya ini akan menggemparkan
dunia. Negara-negara besar seperti Amerika Syarikat tidak akan berdiam
diri dan menunggu lama. Pastinya, semua kekuatan akan ditumpukan
kepada kami.

“Kau nampak sekarang? Kalau ummah kita seperti hari ini, masih lagi
nafsi-nafsi, bergaduhan, tidak bersatu, bacul, pengecut, tidak
mengambil Islam sebagai perlembagaan, maka siapa yang akan bersama
dengan kita ketika dunia menumpukan seluruh kekuatannya untuk
menghapuskan kita?”

Tiada. Akhirnya, semua perjuangan, pengorbanan sebelum ini akan
menjadi sia-sia sahaja.

“adakah kau nak mengharapkan ummah kita yang tidak menjalankan perintah Allah?”

Tidak. Mustahil.

“Adakah kau hendak mengharapkan ummah kita yang mengingkari Allah?”

Lagi mustahil.

“Adakah kau hendak mengharapkan bantuan mereka yang tidak mengambil
Islam sebagai cara hidup?”

Tidak. Kalau Islam tidak diambil sebagai cara hidup, bagaimana hendak
mengorbankan diri dalam membantu agama Allah?

“Dan ketahuilah Asad, bahawa ummat kita sedang terkena
penyakit-penyakit cinta dunia ini. Mustahil mereka ini, akan membantu
kita melainkan mereka ini terislah kepada yang benar semula”

“Wahn?”

Sinan mengangguk. Wahn adalah perkataan yang membawa maksud cinta
dunia dan takut mati. Rasulullah SAW pernah bersabda akan wahn apabila
berbicara berkenaan kelemahan ummat akhir zaman.

“Sebab itu, kita terus bersabar. Tugas kita, adalah bertahan dan
menjaga apa yang masih ada.”

“Habis, bagaimana dengan ummah yang perlu diislah kalau betul itu
sahaja penyelesaiannya?”

Sinan menghela nafas. “Di sinilah ujiannya. Hendak membebaskan
Palestina, perlu amal jama’ie. Amal Jama’ie, tidak semestinya buat
satu kerja sama-sama. Tapi kita buat banyak kerja, untuk capai satu
matlamat yang sama. Amal jama’ie tidaklah bermakna kita di sini
berperang, yang lain pun kena perang juga. Amal Jama’ie di sini yang
diperlukan adalah, kita berusaha bertahan, dan masyarakat di luar sana
berusaha mengislah diri mereka”

“Patut la…” Aku teringat sesuatu.

“Patut la apa?”

“Aku teringat yang Khaled Mesy’al ada berkata apabila orang bertanya
apa yang perlu dilakukan oleh orang di luar Palestina, dia menjawab:
Kamu bergeraklah mengislah ummah di kawasan kamu, agar kembali kepada
Islam yang sebenar. Itu, adalah bantuan terbesar kamu untuk kami”

Sinan tersenyum. “Ya, sebab tanpa kesedaran dan pengislahan ummah,
maka Palestina ini tetap tidak akan terbebas sampai bila-bila”

Baru aku faham. Jihad kami bukan jihad semata-mata merampas semula
satu kawasan yang dijajah. Jihad kami adalah bertahan, sambil
terus-terusan memperkuat dan memperhebatkan diri, menanti ummah di
luar sana bergerak mengislah diri mereka, dan akhirnya barulah bersatu
dan membebaskan tanah mulia ini. Amal Jama’ie.

“Habis, bagaimana mereka di luar sana?” Aku bertanya lagi.

“Jangan risau akan hal itu. Kalau di Palestina ada kita, di
negara-negara lain pun ada orang-orang seperti kita. Cuma mereka
mungkin tidak mengangkat senjata. Mereka bergerak mengislah masyarakat
dengan fikrah mereka, mengajak ummah agar kembali kepada Islam yang
sebenarnya”

“Benar kah?”

“Benar, bukan kita sahaja yang faham penyelesaian kepada masalah Palestina ini”

Aku gembira. Aku rasa sangat gembira. Maka sekarang, tugas kami adalah
bertahan, terus-terusan menjaga tanah ini. Aku rasa bersemangat, aku
nampak matlamat aku. Ak-47 kupeluk erat, meluahkan gembiraku
kepadanya.

Sinan terus tersenyum. Kami memandang langit bersama-sama.

Moga Allah mencampakkan hidayah kepada semua yang berada di luar sana.

Kami akan terus bertahan, menanti kebangkitan saudara-saudara kami di
luar sana untuk sedar dan bergabung perjuangan dengan kami nanti. Bila
tiba saatnya, kami akan memenangi peperangan ini, seterusnya disokong
seluruh saudara kami di luar sana.

Senyuman aku tidak lekang, melalui malam.

Wahai ummah, aku memanggil-manggil kamu.

Wednesday, December 15, 2010

SELSEMA (influenza)...

BismillahiRahmaniRahim...

InsyaAllah, untuk entry pada kali ni ana suka untuk berkongsi berkaitan ' selsema ' ...atau ada orang sebut 'flu' dsb...

Dengan sedikit ilmu yang ana dpt sepanjg pengajian di medical school utk beberapa tahun ni dan akan datang, insyaAllah, ana akan optimumkan perkongsian & perbincangan jika ada bersama sahabat2.

Jika terdapat sebarang persoalan berkaitan kesihatan, muslimat terutamanya, ana sangat2 mengalu-alukan perbincangan. insyaAllah, ana sedia membantu semampunya dan jika xdpt , ana akan rujuk kepada doktor 2 pakar yang ada di sini.

SELSEMA...

- disebabkan oleh jangkitan virus pernafasan / viral respiratory infection- Orthomyxoviridae (nama virus)
- terdapat di mana-mana
- tidak boleh di ramal
- komplikasi ( terutamanya kpd mereka yg berusia )

Bagaimana Tersebar ?

- droplets ( melalui titisan ) = pakai penutup muka (mask) untuk mengelakkan penyebaran virus.

Incubation Period ? 

- incubation period maksudnya satu tempoh masa bermula daripada jangkitan virus sehinggalah simptom2 selsema muncul.
- tempoh masa antara 1-4 hari.

Symptoms ? 

- sakit kepala
- meningkat suhu badan
- tidak bermaya
- rasa loya + muntah ( nausea & vomiting )
- sakit mata / ada jangkitan pada conjunctiva . 

Complications ? 

- bronchitis ( pneumonia, esp. staph.aureus )
- sinusitis
- otitis media
- encephalitis
- pericarditis
- Reye's syndrome

Treatment / cara rawatan ? 

- rehat +/- paracetamol
- utk rawatan lanjut, perlu rujuk doktor2 & hospital terdekat. 

Prevention / cara mengatasi ?

- jaga kebersihan
- use whole trivalent vaccine for those < 13 years old .


 wallahua'lam...

p/s: mana-mana info yang salah atau ana terlepas pandang, ana mohon maaf. ana sangat terbuka untuk menerima sebarang komen @ permasalahan @ perbincangan @ kritikan dan sebagainya utk improve diri sendiri, insyaAllah...

mudah-mudahan usaha yg sgt sedikit ni bermanfaat bagi sahabat2 yg perlu dan permudhkan lg pengajian ana yang masih berbaki, insyaAllah... 

*** post entry...mengisi masa rehat antara study  ^-^  , subhanallah , alhamdulillah


salam mahabbah buat semua !!! 


IKHLAS...

Ikhlas | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Thursday, December 2, 2010

KANGAROO MOTHER CARE

     Kangaroo Mother Care (KMC) has been variously defined, but two essential components are skin-to-skin contact (SSC), and breastfeeding (BF). From the biological perspective, in the immediate newborn period of Homo sapiens, skin-to-skin contact represents the correct "habitat", and breastfeeding represents the "niche" or pre-programmed behaviour designed for that habitat. 


RESEARCH ON SSC
 

     In the uterine habitat, oxygenation is provided through the placenta and the cord, as well as warmth, nutrition and protection. These are the four basic biological needs. Parturition (birth) represents a "habitat transition". In the new habitat, the basic needs remain the same. Research over the last ten years provides strong support for the contention that newborn itself in the skin-to-skin habitat, not the mother or the health services, provides these basic needs.

     Oxygenation has been shown to be improved on SSC, to the extent that KMC is used successfully to treat respiratory distress. The breathing becomes regular and stable, and is coordinated with heart rate. When removed from incubator and placed SSC, oxygen saturation may rise slightly, or the percentage of oxygen provided to maintain good saturation can be lowered.

    Heart Rate is increased when placed SSC. Though we can regard this increase as being with the clinically normal range, what is seen is actually a return to the physiologically normal heart rate, the lower rate being due to "protest despair behaviour". Infants removed from incubators and placed SSC show a rise in temperature and a dramatic drop in glucocorticoids, as predicted by the "protest-despair response". Mothers are able to control the infants temperature within a very narrow range, far better than an incubator. To accomplish this, her core temperature can rise to two degrees Centigrade if baby is cold, and fall one degree if baby is hot. Skin-to-skin contact is better than incubator for rewarming hypothermic infants.

    Self-attachment refers to the phenomenon that fullterm undrugged infants, left on their mother's chest and undisturbed, will all breastfeed spontaneously within one hour, with no help at all. But this behaviour is dependent on SSC. Mother and infant should NOT be separated. The stimulations the newborn gives the mother during SSC elicit caregiving and protective behaviours from the mother. The baby’s legs kicking on the mother’s abdomen cause the mother’s uterus to contract strongly, preventing post-partum bleeding.

    Nutrition is improved, both with respect to the mother’s ability to breastfeed, and with respect to the newborn’s utilisation of the feed. The volume of mother’s milk is greatly increased, and the frequency of feeds provided likewise. Even without the increased milk, with the vagal stimulation the infant receives, the gut is better able to use the milk provided, and grows faster.

    Immunity is improved, demonstrable even 6 months later. Prematures seem to have poor immune systems, and are susceptible to allergies, infections and feeding problems in the first year of life. Early SSC dramatically reduces these problems.

    Infections are reduced when SSC and exclusive breastfeeding are firmly introduced. Necrotizing enterocolitis (a potentially lethal and very costly disease to treat) has been dramatically reduced in many units following a KMC programme.

    In no published paper is a single adverse outcome reported for KMC. Positive effects on the mother are better bonding, healing of emotional problems associated with premature birth, among others.
 



BREASTFEEDING
 

    Breastfeeding is a behaviour based on hindbrain functions that regulate hormones, autonomic functions and the somatic system. Key to understanding breastfeeding behaviours in the transitional and newborn periods is "state organisation".

    State Organisation refers to the ability to control the level of arousal, or of being awake. A scale of state organisation can be described varying from deep sleep to hard crying, each being associated with particular behaviours and conditions. For breastfeeding an infant should be in an awake state, and should thereafter be in quiet sleep for optimal development. KMC has profoundly beneficial effects on the state organisation of newborns.

    "Suckling" is the "chewing movement" an infant makes on the nipple. Quite apart from suckling as a means to ingest food, this behaviour has essential effects. Suckling stimulates the back of the palate, and results in intense vagal stimulation, which is vital for the general wellbeing of the baby. Suckling releases hormones similar to morphine in the brain, and gives powerful pain relief to infants. While it was observed that ability to suck on a bottle only started at 34 weeks post-conceptional age, recent research has shown that suckling from the breast is possible at 28 weeks. Suckling is a myographically distinct behaviour from sucking, and research on sucking on bottles of premature infants shows it clearly to be stressful. Premature infants are unable to coordinate their breathing and their swallowing.



BREAST MILK AND IMMATURITY
 

Compared to that other mammals, human milk is extremely thin in terms of protein, fat and carbohydrate contents. Protein in particular. In olden days, protein was measured in terms of “nitrogen”, the assumption being that the majority of the nitrogen was a constituent of proteins. For a cow, protein nitrogen is 98%. For a human however, it is only 75%, and the non-protein nitrogen (NPN) is full quarter of the content. What human milk lacks in terms of concentration, it makes up for in terms of variety, well over two hundred NPN compounds have been found. These are related to the evolutionary immaturity of the newborn.




NEUROSCIENCE AND STRESS
 

   The primary violation, the worst case scenario, to any newborn is separation from its habitat/mother. This applies to Homo sapiens as fully as to other mammals studied. “Protest-despair” behaviour is a stress reaction, and the hormones related to this have been extensively studied. At high levels, these hormones are intrinsically neurotoxic to the brain, particularly areas of the hindbrain, and any area which may be already a little hypoxic. SSC has been shown to markedly reduce these levels.

Tuesday, November 16, 2010

Bicara tentang iman...

Bicara tentang iman

Iman itu ialah ketaqwaan kepada ALLAH, penuh khauf dan raja'. Jadi apabila kita ditimpa ditimpa sesuatu musibah atau ujian pintalah  kepada ALLAH  agar dibesarkan iman  untuk kita  hadapinya bukan diminta dikecilkan masalah yang kita hadapi.

Kita boleh mengatasi segala ujian yang ALLAH berikan dengan tenang jika kita punyai pergantungan yang tinggi kepadaNYA. Oleh itu apa jua masalah yang ada, muhasabah kembali hubungan kita dengan ALLAH,  renungkanlah kembali.Adakah kita telah menjaga sebaik-baiknya hubungan kita denganNYA? Insya-ALLAH jika kita jaga hubungan kita dengan ALLAH , ALLAH akan jaga hubungan kita dengan yang lain. ALLAH akan bantu kita dari segenap sudut yang kita tak sangka-sangka.

Tapi kalau saya dah jaga hubungan dgn ALLAH sebaiknya macammana pula?

Jika begitu, kita perlu muhasabah kembali, mungkin  tanpa kita sedari ada hak-hak dengan ALLAH kita tak tunaikan, begitu juga dengan hubungan sesama manusia.Dan  jika dah jaga semuanya, itulah dinamakan ujian sama ada kifarah dosa-dosa lepas atau peluang kita merebut pahala dan meningkatkan iman. Bukankah kita ini hanya manusia ?  Jangan pernah lupa bahawa kita adalah hamba Allah s.w.t. Jadi, kita layak diuji kerana kita hanyalah hambaNya.

p/s : wallahua'lam. semoga bermanfaat buat sahabat pembaca. 

Jadilah hamba yang bersyukur...

Jadilah hamba yang bersyukur.

Apa jua yang ada dalam hidup, syukurilah, belajarlah jadi orang yang sentiasa bersyukur. InsyaAllah  masalah-masalah yang kecil tidak akan timbul, dan kita akan miliki sifat sabar. Rasulullah s.a.w, walaupun dijamin syurga tapi baginda s.a.w, tetap  menunaikan solat  dan ibadah malam sampai kakinya bengkak-bengkak. Dalam satu hadis,Dan apabila ditanya Aisyah r.a, mengapa baginda  beribadah malam sehingga  kakinya sudah bengkak sedangkan baginda sudah dijamin syurga , Baginda menjawab dengan tenang, "Aku ingin jadi hamba yang bersyukur".

Salam mujahadah membuah sabar...

Sunday, October 10, 2010

Teguran Itu Penting

Teguran Itu Penting
Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain
Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan meroboh
Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.
Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.
Yang Paling Penting
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Saturday, October 9, 2010

Insan yang bersolat 1000 rakaat sehari

   Siang dan malam tiada yang dilakukan kecuali hanya rukuk dan sujud kepada Allah. Setiap sehari semalam ia solat tidak kurang dari 1,000 rakaat. Dirinya hanya untuk beribadah kepada Allah. Ia selalu berusaha agar dirinya setingkat dengan para malaikat yang sentiasa bertasbih siang dan malam yang tidak pernah lupa berzikir kepada Allah walau sesaat pun.     Setiap hari ia hanya makan beberapa suap saja, sekadar ia dapat hidup; kerana itu badannya sangat kurus. Tetapi dalam badan yang kurus itu terdapat kekuatan rohani yang mengagumkan yang menyebabkan ia dapat melaksanakan solat yang ia tekankan atas dirinya. Ia hidup membujang; meskipun khalifah Muawiyah Ibnu Sufyan telah menawarkan padanya untuk melamar wanita yang ia senangi; dan mas kahwinnya akan diambilkan dari Baitul Mal, tapi Amir Ibnu Abdullah hanya ingin mengabdikan dirinya kepada Allah, ia bertekad tidak akan ada sesuatu yang dapat melalaikannya dari beribadah kepada Allah. Ia adalah seorang tabi’in yang mencapai puncak zuhud.         Ia berkata: “Kenikmatan dunia itu ada empat, harta, wanita, tidur dan makanan. Adapun harta dan makan, aku tidak dapat meninggalkannya. Tetapi demi Allah, dengan tidur dan makan aku memeras tenagaku.” Keperluannya pada tidur dan makan menyerupai keperluannya pada solat malam dan puasa di siang harinya. Setiap syaitan berusaha mendekati tempat sujudnya, maka ia mencium bau syaitan yang busuk; dan jika ia mendapatkan bau syaitan, maka ia menyingkirkan dengan tangan dan berkata: “Andaikan bukan kerana bau busukmu, nescaya aku sujud di atasmu.” Pada suatu ketika syaitan datang padanya dengan menjelma menjadi ular, ketika ia menyingkirkannya dengan tangan, syaitan berkata: “Apakah kamu tidak takut digigit ular?” Jawabnya: “Sungguh aku malu kepada Allah jika aku takut kepada selain Dia.” Amir terus meneruskan solat sepanjang siang dan malam, hingga betis dan telapak kakinya bengkak. Ia selalu berkata: “Wahai jiwa yang selalu mengajak kepada kejahatan, sesungguhnya kamu diciptakan untuk beribadah. Demi Allah, aku akan memaksamu melakukan ibadah tanpa ada kesempatan untuk tidur. Setiap hari ia pergi ke suatu bukit untuk menjauhkan diri dari keramaian orang, dan mengisinya dengan beribadah di sana. Pada suatu hari, ia keluar rumah dan terus berjalan hingga sampai di lembah “Buas,” dinamakan lembah buas kerana di situ banyak terdapat binatang buas. Tiada seorang pun yang berani memasuki lembah itu kecuali orang-orang sufi yang berhati tulus, yang hati dan jiwa mereka hanya takut kepada Allah, mereka tidak takut pada apa pun kecuali Allah; meskipun binatang buas atau ular berbisa. Ketika Amir menuruni lembah itu, ia dapatkan di lembah itu ada ahli sufi lain seperti dirinya, ia bernama “Humamah” solat di suatu sudut. Keduanya berada di lembah selama empat puluh hari tanpa saling berbicara, kerana masing-masing sedang tekun beribadah dan solat. Suatu ketika Amir Ibnu Abdullah ingin mengenal orang yang tinggal di lembah itu dan giat dalam beribadah, maka ia datang pada orang itu dan bertanya: “Siapakah kamu, hai hamba Allah?” Orang itu berkata: “Tinggalkan aku.” Kata Amir, “Aku bersumpah tidak akan meninggalkan kamu sebelum aku tahu dirimu.” Kata orang itu, “Aku Humamah Al-Habsyi.” Kata Amir, “Jika kamu Humamah Al-Habsyi seperti yang pernah aku dengar, kamu pasti orang yang paling banyak beribadah di dunia ini. Beritahukan padaku perkara yang paling utama.” Kata Humamah. “.. Andaikan bukan kerana beberapa ketentuan solat yang mengharuskan berdiri dan sujud, nescaya aku lebih senang menghabiskan umurku untuk terus rukuk dan membiarkan wajahku bersujud kepada Allah hingga aku bertemu dengan-Nya. Akan tetapi solat-solat fardhu tidak membolehkan aku melakukan itu. Dan siapakah kamu?” Jawab Amir. “Aku Amir Ibnu Abdu Qais.” Kata Humamah, “Jika kamu Amir seperti yang pernah aku dengar, pasti kamu seorang yang paling banyak beribadah. Maka beritahukan padaku perkara yang paling utama.” Kata Amir. “Sungguh rasa takutku kepada Allah membuat aku tidak takut kepada apa pun kecuali pada-Nya.”    Di saat Amir dan Humamah sedang berbicara tentang ibadah dan taat kepada Allah, tiba-tiba datang seekor binatang buas di belakang Amir dan meloncat ke atasnya, maka Amir menyapu binatang itu dengan tenang sambil membaca ayat Al-Quran, “Dzaalika yaumu majmuu’ul lahunnasu wa dzaalika yaumun masyhud.” “Hari kiamat itu adalah hari yang mana manusia dikumpulkan untuk (menghadap)Nya, dan hari itu adalah hari yang disaksikan (oleh semua makhluk).” Tiba-tiba binatang buas itu duduk mengibaskan ekornya seperti kucing yang jinak. Ketika Humamah menyaksikan hal itu, ia bertanya pada Amir: “Demi Allah, wahai Amir, bagaimana kamu boleh berbuat demikian?” Jawab Amir: “Bukankah sudah kukatakan padamu, sungguh aku malu kepada Allah jika aku takut selain Dia.” Ia adalah seorang ahli zuhud, bujangan yang mempunyai rumah. Ia mempunyai saudara perempuan wanita yang bernama Ubadah yang setiap hari membuatkannya roti dan mengirimkan roti itu kepadanya. Tapi setiap ia menerima kiriman roti, ia segera keluar mengundang anak-anak yatim untuk makan roti tersebut. Ia berkata pada saudara sepupunya: “Wahai Ubadah, sabarlah atas apa yang menimpamu di dunia ini dengan membaca Al-Quran, kerana barangsiapa yang tidak senang membaca Al-Quran, maka ia akan meninggalkan dunia dalam keadaan menyesal.” Pada hari-hari tertentu, Amir Ibnu Abdu Qais mengadakan majlis di masjid. Di antara kata yang pernah disampaikan kepada majlisnya; Aku pernah bertemu dengan beberapa sahabat Rasulullah dan bergaul dengan mereka; mereka memberitahu aku, bahawasanya pada hari kiamat, orang yang paling suci dari dosa ialah orang yang paling memperhitungkan dirinya dalam setiap langkahnya; orang yang paling senang di dunia, akan menjadi orang yang paling sedih di hari kiamat; dan orang yang paling banyak tertawa di dunia, ia akan menjadi orang yang paling banyak menangis di hari kiamat.” Walaupun Amir seorang yang zuhud, ia tidak membiarkan seseorang yang berbuat zalim, meskipun orang yang dizalimi itu bukan orang Islam. Pada suatu hari, ia menyaksikan orang kafir dzimmi ditarik oleh beberapa orang yang menjadi kaki tangan penguasa Basrah. Orang dzimmi itu minta tolong padanya, maka ia melepaskannya dari seksaan mereka dan berkata kepada mereka. “Jangan menyeksa seorang dzimmi yang telah dijamin oleh Rasulullah SAW selagi aku masih hidup.” Setelah gabenor Basrah mengetahui apa yang diperbuat oleh Amir, maka ia memerintahkan supaya Amir dibuang ke Syam, agar Amir tidak akan kembali padanya atau melakukan sesuatu yang bukan haknya. Tatkala Amir akan berangkat ke Syam, ia mengumpulkan kawannya untuk mengantarkan ke perbatasan kota, ia berkata pada mereka: “Aku hendak berdoa kepada Allah, maka ucapkanlah ‘amin’.” Kawan-kawannya mengira akan berdoa kerana pembuangannya. Mereka berkata: “Sebenarnya kami telah menginginkan kamu berdoa.” Maka ia mengangkat kedua tangan dan berdoa: “Ya Allah, siapa yang memfitnah aku, mendustakan aku, mengeluarkan aku dari kota ini dan memisahkan aku dari kawan-kawanku; Ya Allah, perbanyaklah harta dan anaknya, sihatkanlah badannya dan panjangkanlah umurnya.” Demikian itulah sifat Amir Ibnu Qais, ia mendoakan orang-orang yang telah berbuat zalim padanya dan mengusirnya dari Basrah tempat ia tinggal bersama keluarganya dan tempat berguru kepada Abu Musa Al-Asyari agar mereka diberi harta dan anak yang banyak, disihatkan badannya dan dipanjangkan umurnya. Amir meninggal dunia dalam keadaan tidak memiliki apa-apa sebagaimana ia lahir di dunia dengan tangan kosong. Ia hanya membawa bekal amal soleh yang menghantarkan ia sampai mencapai tingkat orang-orang soleh yang berbakti kepada Allah. p/s : sedikit perkongsian daripada seorang mua'llim untuk renungan + fikirkan + penghayatan + amalan bersama ,insyaAllah .. ana minta maaf andai yg khilaf, mhn teguran dari sahabat2, ustaz ustazah utk penambahbaikan, insyaAllah...

Friday, October 8, 2010

Tarbiyah Bukan Untuk Orang Yang Manja



Tarbiyah bukan untuk orang manja


Tarbiyah bukan untuk orang manja
Tarbiyah bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Da’wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa..

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon akhawat sebagai sang isteri,
 
yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain..
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta’dil harakh ini dan itu.

Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da’wah,
Belum tentu kita akan Berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da’wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya......





Refleksi Pertunangan Semasa Belajar



Definisi Pertunangan daripada Kaca Mata Islam

   Ikatan sementara sebelum berlangsungnya sebuah akad nikah ini, sering kali disalah anggap oleh khalayak orang ramai khususnya muda-mudi. Seolah-olah simpulan ini menjadi ‘lesen besar’ untuk melakukan maksiat, dengan alasan ‘kami sudah bertunang’. Justeru, sangat perlu kepada semua pasangan yang ingin atau sudah bertunang mengetahui hak dan batas-batas sempadan syariat sebelum sebuah ikatan yang hak, benar-benar terpatri. Islam telah mensyariatkan pertunangan sebagai langkah dan wasilah sebelum melangsungkan perkahwinan. Pertunangan banyak memberi faedah dan membantu dalam menjamin keutuhan rumahtangga yang bakal dibina. Namun roh sebenar sebuah ikatan ini merupakan subjektif yang memerlukan kefahaman yang jitu, dan harus dijaga agar kesuciannya tidak dinodai.

   Pertunangan ialah satu langkah bagi seorang lelaki menyampaikan keinginannya untuk mengahwini seseorang perempuan yang disukainya samada langsung kepada perempuan tersebut atau kepada walinya. Ianya boleh dilakukan secara langsung oleh lelaki yang hendak berkahwin atau melalui wakilnya. Sekiranya hasrat hati lelaki itu diterima oleh perempuan berkenaan maka mereka menjadi pasangan tunang. Bermula dengan penerimaan wanita yang berkenaan sehinggalah masa Ijab dan Qabul, inilah yang dinamakan sebagai tempoh pertunangan. Sebelum lelaki meminang seseorang perempuan, penting untuk dia merisik dan menyelidik latar belakang perempuan yang ingin dipinangnya terlebih dahulu serta yakin dengan pilihannya setelah melakukan Istikharah dan sebagainya. Yakin dengan pilihan pasangan ini sangat penting untuk mengelakkan pinangan yang dibuat ditarik balik. Ini kerana tindakan seperti ini akan menyakiti hati wanita, melukai perasaannya dan menjatuhkan kehormatannya. Tindakan seperti ini tidak dibenarkan oleh agama dan bertentangan dengan nilai murni dalam masyarakat Islam.


   Namun jika sepanjang tempoh pertunangan tersebut bertaut, mungkin kekurangan yang dirasakan oleh pihak lelaki, maklumlah pertunangan ini juga boleh dianggap fasa untuk berkenalan dengan lebih dekat bakal pasangan sebelum betul-betul matang dan masak untuk mendirikan masjid. Bukan menolak pinangan, maksud  memutuskan talian pertunangan, iaitu ketika sedang bertunang. Jika berlaku juga, maka hendaklah di pihak lelaki menyembunyikan kekurangan atau kelemahan bekas tunangnya itu, bagi mengelakkan rasa aib pada diri dan ahli keluarganya. Bagi pasangan yang bertunang mereka juga perlu menjaga batas dan larangan sepanjang bertunang kerana mereka masih lagi bukan mahram cuma ada ikatan dan janji mahu hidup bersama. Kononnya, kata orang-orang dulu ‘Mahu hidup semati’. Mungkin sudah ada dalam senyap-senyap, dikalangan para pembaca yang merancang untuk melangsungkan pertunangan. ‘Mata air’ di tanah air, diri pula di perantauan. Rasa macam tak boleh tahan, bimbang ‘si dia’ dikebas lelaki lain. Tidak pasal-pasal mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur pula asyik mimpi ‘si dia’ sahaja, dan baca pun tak masuk. Rasa marah kadang-kadang pun ada. Sudah nasib badan.

“Boleh ke ustazah, bertunang masa belajar?”. “Nanti bila dah bertunang, lepas tu masing-masing ada komitmen dengan pengajian masing-masing sehingga berlanjutan sampai bertahun-tahun. Lama tu, kan makruh!”. Kalau nak mudah jawab, boleh sahaja  katakan; “Tu…! Tengok je orang kahwin ketika masih belajar, tidak ada apa-apa pun. Inikan pula bertunang. Bertunanglah, kalau nak sangat”. “Itukan sunnah juga. Kenapa nak takut sangat”. Mungkin anda pun boleh meneka juga jawapan seperti di atas, sudah maklum katakan. Tapi mungkin juga ada betulnya, dari sisi yang lain akan timbul kesan-kesan yang tidak baik. Namun ana menganggap ianya salah satu bentuk ujian, kenalah tabah dan sabar hadapinya. ana rasa tidak ada masalah, jika tempoh masa pertunangan tersebut lama. Lama dalam erti kata lain, kerana terkesan sibuk dengan tugasan, seperti pengajian dan sebagainya. Sebagai contoh, Kalau bertunang dua tahun, sorang sibuk kerja dengan pelbagai aktiviti, manakala sorang lagi sibuk dengan pengajian di bidang perubatan umpamanya. Rasanya dua tahun tu sekejap aje, especially untuk pihak lelaki yang bertanggungjawab nak prepare macam-macam. Tapi kalau bertunang sampai enam bulan, kerja satu pejabat, duduk ditempat semacam cubicle mengadap antara satu dan lain. Hari-hari pula tu jumpa sehingga kenal ‘lobang’ dan bulu hidung, manakala rambut pula tak disikat pun boleh perasan enam bulan tu panjang dan lagi berisiko. Menolak tafsiran tekstual dan robotik. Namun di sana, anda kenalah sahut cabarannya juga. Kenapa? Bagi ana, ramai yang mengatakan mereka cuba menjaga tetapi terperangkap dalam masalah hati, iaitu zina hati yang ‘Islamik Romantik’. Berbaur Islam, tetapi membawa kepada masalah penyakit hati yang parah dan kronik. Pandai-pandai jaga.

Matlamat Utama Jadi Sandaran

   Konsep pertunangan yang semakin terasing dari kehidupan masyarakat kita sekarang. Pada ana, kawalan diri kita tu paling utama. Kuat atau seseorang itu bergantung kepada keimanannya. Di sinilah, Iman ditugaskan menjadi sebagai remote control bagi perlakuan kita. Jadilah remote control yang efektif. Pandai-pandai kawal, bukan dengan nafsu tapi Iman. Sebaiknya kita tetapkan hati, pendirian dan bersederhana. InsayaAllah, kalau kedua-dua pihak memahami tujuan sebenar perkahwinan, mengikut saluran yang sebenarnya, mengambil jalan sederhana dan wara’ dalam menjaga batasan, insyaAllah semuanya baik dan tenang sahaja. Menyerahkan urusan kepada kedua ibu bapa juga membantu melancarkan proses secara all rounder. Mungkin bagi sesetengah indivudu, banyak cabaran semasa bertunang, setengah yang lain biasa-biasa sahaja. Semuanya sesuai dengan apa yang Allah Taala berikan. Apa yang baik disyukuri, dan yang kurang diredhai. Baru betul! Berhubung antara pasangan tunang perlu juga diperhatikan, melainkan keperluan tentang perancangan yang penting. Sebaiknya dielakkan telefon kecuali bagi yang benar-benar mantap dan boleh menjaga hati serta tiada jalan lain untuk berbincang hingga ke rumah, itupun dengan parents atau orang tengah. Juga fokuskan kepada perancangan perkahwinan dan selfi mprovement.

Sebab ramai yang asyik dan mabuk di alam pertunangan, namun terlupa nak mempersiapkan diri untuk alam rumahtangga yang lebih penting lagi. Usah difikirkan banyak tentang hal ini, nanti lain pula jadinya. Jangan dilayan perasaan semasa bertunang. Fokuskan kepada kehidupan yang sedang dijalani dan diperjudikan sekarang. Berhubung dengan minimakan seminimanya. InsyaAllah, tiada resah gulana, dan tiada masalah. Bertunang adalah satu wasilah. Cinta bukan segala-galanya. Namun segalanya yang dimulai dengan niat yang ikhlas, cara yang betul dan barakah akan menimbulkan dan memutikkan cinta yang sewajarnya selepas perkahwinan. Kita kena dan perlu ingat! Naluri seorang ibu sungguh bernilai bagi seorang anak. Cuba jentik hati anda. Adakah kita maksum dari segala dosa noda? Sekarang ini kita berjauhan dari kedua orang tua kerana seberkas ilmu. Pengorbanan perlu dilakukan demi kebahagian masa hadapan diri dan mereka. Layakkah kita mencari dan bertemu jodoh yang dapat dibimbing dan membimbing? Tapi memang itu harapan anda, kita semua. Selain mendapat pasangan yang mampu dibimbing dan membimbing kita, restu ibu bapa amatlah penting dalam membina masjid. Tidak perlulah kita membelakangi mereka hanya kerana cinta. Cinta yang entah ‘suci dalam debu’ atau ‘suci dalam asap’. Kenanglah pengorbanan mereka yang tidak terbalas walaupun segunung emas menjadi taruhan. Bukan lirik lagu semata-mata, tapi sebuah harapan.

Berhubungan semasa di alam pertunangan bukan tiket bagi kita untuk bergerak bebas dengan tunang. Ingat! Sekarang orang yang ber‘couple’ pun sudah berlagak seperti suami isteri dan lupa dunia. Tanyakan diri anda (kita), kemanakah kewarasan kita dalam membuat pertimbangan? semoga Allah Taala masih memberi kita ruang waktu untuk bertaubat di hamparan keheningan malam dengan penuh kehinaan. Pohonlah keampunan dari-NYA.

Allah Taala berfirman; “Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” ,el-Baqarah (2:186) ameen.


p/s :  hadiah teristimewa daripada seorang ustaz , mudah-mudahan bermanfaat buat diri ana dan sahabat-sahabat..

Thursday, October 7, 2010

Pengertian Hati

  Di dalam kitab Imam Al -Ghazali iaitu Ihya' Ulumiddin menceritakan perihal kemahuan hati. Adapun yang di katakan kemahuan hati itu ialah mencintai Allah, mengenal Allah dan beribadah kepada Allah swt .dan kecenderungan hati itu ialah berhikmah.