" Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut ,dan dengan tidak mengeraskan suara ,pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang2 yang lengah. " <>

Friday, December 16, 2011

Ana Benci Politik, Benci Siasah. Nak Tarbiyah je ?!

Benci politik. Tidak suka politik. Berkecuali dalam politik. Orang-orang ini tidak tahu apa erti politik. Dia juga tidak sedar bahawa Islam juga perlu berpolitik. Memilih pemimpin yang mementingkan rakyat juga adalah salah satu usaha dakwah dalam politik. Antara kita mahu percaya ataupun tidak, politik memang satu kepentingan.

Politik itu seni. Ia memerlukan kualiti pemikiran dan kebijaksanaan kepimpinan untuk menggarapnya. Soal mahu menjadi AHLI POLITIK atau tidak itu adalah soal yang kedua. Tetapi manusia tidak boleh memencilkan diri daripada politik. Benar sekali kata Michael B. Coleman, ahli politik daripada parti Demokrat Amerika Syarikat, " you may not interested in politics, but politics are interested in you".


Muslim tidak mampu untuk tidak peduli kepada politik. Politik itu adalah seni mengatur kehidupan manusia, dan ia adalah salah satu juzuk terpenting dalam agamanya-islam. Memencilkan diri daripada politik bermaksud meninggalkan cabang besar amar makruf nahi mungkar. Tidak mungkin tanggungjawab ini terbiar , melainkan pasti ada dosa dan fitnah yang mengiringinya.

Muslim boleh mengambil sikap non-partisan sebagai bentuk pendirian politiknya. Mereka melaksanakan urus tadbir kehidupan manusia melalui badan-badan NGO atau pertubuhan kebajikan, mengikut kebolehan dan peluang masing-masing. Tetapi muslim tidak boleh mengambil sikap tidak ambil peduli kepada parti.


Jesteru membiaknya spesies Muslim yang alergi dengan politik adalah wabak yang mengundang kehancuran. Dalam sopan mereka oportunis, dalam diam mereka menjadi kaum yang manipulatif. Semuanya gara-gara mahu aman, tetapi tidak mahu berusaha dan menyumbang kepada keamanan. Mahu keselamatan tetapi tidak mahu memperbaiki apa-apa untuk kebaikan bersama. Lantang mengkritik polisi-polisi yang membebankan tetapi terlalu malas untuk bertindak lebih sekadar mengkritik. Mereka menikmati keamanan hasil penat lelah orang lain, mereka menikmati keselamatan hasil jerih payah orang lain.

Pendapat mengatakan jika seseorang terlibat dengan politik maka imannya menjadi lemah tidak boleh diguna pakai, ini terbukti kerana Rasulullah SAW juga berpolitik malah menjadi ketua seluruh ummat islam namun baginda tetap teguh dengan agama islam. para sahabat juga berpolitik namun tidak sedikit pun keimanan mereka berkurang malah mereka menjadi lebih tawadhu' dan merendah diri. begitu juga para tabiin, tabi' tabiin, dan khalifah-khalifah islam yang terdahulu.

Politik tidak menjadikan iman mereka lemah dan berkurangan.ini kerana tapak iman dalam diri mereka kuat, tidak rapuh dan tidak roboh dibadai dugaan dan cubaan. itulah bezanya kita dengan mereka. ummat akhir zaman ini ditimpa satu penyakit iaitu cintakan dunia takutkan mati. sebab itu terdapat segelintir dari kita apabila berada di atas mudah lupa diri. mata mereka jadi buta disebabkan gila terhadap dunia yang sementara sehingga sanggup gadai maruah dan agama. Berkurangnya keimanan mereka itu bukan disebabkan politik tetapi disebabkan penyakit mereka itu dan disebabkan tiada tapak keimanan yang kuat dalam diri mereka.


Rasulullah SAW tidak memimpin secara politik demokrasi, secara diktator atau pun secara autokrasi. Dengan kefahaman yang tinggi tentang jiwa, akal, dan perasaan manusia, Rasulullah SAW telah berjaya memimpin secara fitrah. Maksudnya, Rasulullah SAW membawa manusia ke jalan yang diyakininya tanpa paksaan dan tekanan. Ia mampu memindahkan hasrat yang terpendam dilubuk hatinya menjadi hasrat orang lain. Ertinya politik Rasulullah ialah politik dari hati ke hati.

Atas dasar ini, Rasulullah SAW berjaya menawan jiwa manusia dan daripada situlah seluruh harta, tenaga dan nyawa pengikut-pengikutnya diserah bulat-bulat untuk Islam. Di antara fitrah semulajadi manusia ialah mahu pandangannya dihormati dan dihargai. Rasulullah sedar hakikat ini.


Oleh itu apabila Rasulullah berhadapan dengan ahli ekonomi seperti Abd Rahman bin Auf, yang minat serta kecenderungannya di bidang perniagaan, beliau memupuk bakat itu supaya terus subur dan berkembang. Akhirnya Abdul Rahman Bin Auf pun menjadi pengusaha yang berjaya.

Bila Rasulullah SAW berhadapan dengan pakar di bidang ketenteraan seperti Khalid Al Walid, maka semangat perwiranya terus disuburkan ke arah jihad fisabilillah, kebalikan daripada semangat Assobiyah (Nasionalisme).

Bila baginda berhadapan dengan ahli fikir, pakar strateji dan kepala perancang seperti Umar IbnulKhattab, maka Rasulullah SAW terus mendorong ke arah bagaimana untuk menggunakan kepakaran itu buat kemenangan dan kejayaan Islam. Oleh itu setiap individu di kalangan para sahabat akan rasa dihargai kerana bakat dan kelebihan semulajadinya berperanan dalam perjuangan Islam.

Rasulullah adalah 'Bapa Politik Islam'. Baginda dapat mencari ruang di celah-celah asakan jahilyyah untuk menegakkan Islam. Rencananya dapat menembusi dinding Darul Nadwah, "Parlimen" orang Arab jahiliyyah dan berjaya menukar orang yang pernah duduk di kerusi Darul Nadwah menjadi "orang penting" dalam pemerintahan Islam.
credit: be humble

Akhirnya... MASA DEPAN ADALAH MILIK ISLAM!

Wednesday, November 16, 2011

WASIAT AS-SHAHID SHEIKH AHMAD YASSIN BUAT SAYA & pemuda pemudi ***

BismillahiRahmaniRahim...

Assalamua'laikum warahmatullah sahabat yang di kasihi kerana ALLAH sekaliannya ^-^



"Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada Allah swt. meninggalkan berbagai sorak kehidupan dan menyingkirkannya ke tepi jalan. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh berjamaah, saatnya kalian menghiasi diri dengan akhlak mulia, mengamalkan kandungan al Qur’an, serta meneladani Muhammad saw.

Aku mengajak kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian, wahai anak-anakku, untuk mendekat kepada Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian mengenal dan menyedari makna tanggungjawab, tegar menghadapi kesulitan hidup, meninggalkan keluh kesah, menghadap kepada Allah swt. banyak meminta ampunan kepada-Nya agar Dia memberi rezeki kepada kalian, menghormati yang tua dan menyayangi yang muda.

Aku ingin kalian tidak terlena oleh saluran-saluran lagu audio visual, melupakan kata-kata yang berbicara soal cinta, serta menggantinya dengan kata amal, kerja, dan zikir kepada Allah. Wahai anak-anakku, kuharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada Allah memakai hijab secara benar. Aku meminta kalian berjanji kepada Allah peduli dengan agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian membuat usaha para pemuda untuk menjaga mata mereka menjadi kendur dan surut.

Kepada semuanya, aku ingin kalian bersiap-siap menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dalam beberapa saat hidup tanpa letrik dan alatan elektronik. Latihlah diri kalian agar dalam sementara waktu merasakan kehidupan yang keras. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan tawakallah kepada Allah”

p/s : Jazakallahukhairankathira buat si dia yang share. Subhanallah, rasa lebih taqarrubillah, inshaAllah. Sama - sama muhasabah ya sahabatku.


Thursday, October 13, 2011

RESEARCH : Kangaroo-mother care

Bismillah...

Buat sahabat team KMC yang dirahmati ALLAH,

rashid, zainal, bakri, azi, amalina, kak ela, kak ida, diana dan kak dalila,

due date utk setiap perkara yg diuruskan -1)yg berkaitan surat =sebelum 15/10 (sabtu) 2) penajaan = secepat mungkin. yg lain before ada next meeting dgn dr rosidah.

Harap maklum, wallahua'lam ...

Ziarah Mahabbah : Majlis *** 12 mac 2011

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Alhamdulillah


adik-adik sepupu sekaliannya berkumpul di dalam master room, khusyuk dengan cerita kartun mereka. Subhanallah, kak bie rindu kalian semua...



di serikan dengan majlis khatam Al Quran 4 orang adik lelaki. Alhamdulillah.




tiga bersaudara. Ramai yang kata, kalian seiras ja. Subhanallah.


Mohd Fahmie bersama jubah putih kesayangannya.


Alhamdulillah segalanya dipermudah. Terima kasih ya ALLAH !

Abdullah Fahim Al Hafiz bersama Ais Krim Oreonya... ^-^

Bismillah...

Semasa sedang memandu dalam perjalanan nak pulang ke rumah dari bandar, tiba-tiba terdengar bunyi 'sllruupp' di sebelah, tersenyum sendiri.

Kepala menoleh pandang fahim di sebelah, " kakak, nak ais krim di KFC". Diri hanya mengangguk dan senyum manis pada fahim.

Subhanallah !

SOLAT TAHAJJUD : MALAM KEINTIMAN & PERISTIWA BESAR

SOLAT TAHAJJUD : MALAM KEINTIMAN & PERISTIWA BESAR

Subhanallah. Sebuah malam keintiman antara seorang hamba dengan Tuhannya. Kerana mampu menghidupkan malam, tidak sedikit orang yang mengamalkannya mendapat berkat yang kemudiannya menjadi peristiwa besar dalam sejarah.

Malam dijadikan bagi menerima estetika hidup yang luhur. Ingat, ALLAH bersumpah dengan makhluk yg bernama malam ini.

Kisah bisikan Rasulullah saw kepada isterinya bagi bersolat tahajud, menunjukkan dengan jelas kebersamaan dan kemesraan suami isteri menemukan estetikanya apabila bertahajud di kala bangun malam.

Salah satu ciri solat malam Rasulullah saw adalah solat dengan membaca surah-surah yang panjang, yang mana tidak dapat diikuti oleh Aisyah. Isteri termuda Rasulullah saw ini selalu ditemui tertidur semasa beliau sedang solat. Di sini, dapat dilihat sifat penyayang Rasulullah saw. Baginda tidak menasihati atau menegur Aisyah kerana tertidur, sebaliknya baginda membiarkan isterinya terus tidur semasa solat. Malah, ada pemandangan yang lebih indah lagi, iaitu selepas selesai solat, semasa Rasulullah saw membaca doa, baginda meletakkan kepala isterinya ke riba. Akhirnya, puteri Abu Bakar itu tertidur nyenyak di pangkuan suaminya. Dia hanya terbangun apabila air mata agung menitis perlahan-lahan ke mukanya.

Subhanallah, maha suci ALLAH !

Selepas memerhatikan aktiviti yang memberikan maqaman mahmuda, bangun dan hidupkanlah malam kita dengan amal soleh, dengan izin ALLAH, kita mendapat kedudukan mulia.


Rujukan : diari hidup Rasulullah saw, Ustaz Arifin Ilham

Sunday, September 11, 2011

Syukur... titipan indah dari Yang Esa.. Alhamdulillah

BismillahiRahmaniRahim...

Alhamdulillah. Tiada kata yang mampu untuk di ungkapkan lagi. Alhamdulillah, hari ni 11/9 melangkahnya ana ke tahun 3 perubatan di bumi USM. sukar untuk di gambarkan macam mana perasaan, semuanya ada. semangat & azam baru, berdebar juga utk professional exam phase 2. Ya Allah, aku memohon agar di rahmati & di permudahkan segalanya buatku & sahabat2 perjuangan, insyaALLAH.

Subhanallah, sungguh pantas detik waktu.

Hmm. Ana menulis entry ni di library kampus, habis ja kuliah Dr Ros tadi, terus 'berlari' ke library nak cari buku clinical ethics.Petang ni ada PBL utk issues in medical ethics, inshaALLAH.

" Bersyukurlah dgn setiap nikmat & musibah dr Allah kerana di situ terselitnya mutiara yang sungguh indah, inshaALLAH... "


Wallahua'lam

- Nur Diana As Soffiyah, Perpustakaan Hamdan Tahir USM

Monday, July 4, 2011

Kangaroo Mother Care Practice in Malaysia

BismillahiRahmaniRahim...

Assalamua'laikum warahmatullah sahabat pembaca sekaliannya ^-^

alhamdulillah dengan ruangan waktu yang sangat terbatas, tergerak hati, jari jemari ana dengan izin ALLAH untuk berkongsi input berkenaan satu research kami, pelajar medical USM iaitu, kangaroo mother care ( KMC ), insyaALLAH.

KMC ialah satu pilihan intervention atau praktis yang akan di beri kepada preterm infants atau bayi-bayi pramatang. Bayi pramatang ialah bayi yang di lahirkan pada usia 37 minggu atau 37 weeks of gestational age.

Di bawah ana berkongsi sedikit pengenalan KMC yang sempat ana baca dalam satu journal. semoga bermanfaat, insyaALLAH.

....................................................................................

Kangaroo mother care – what it is and why it matters

Kangaroo mother care is care of preterm infants carried skin-to-skin with the mother. It is a powerful, easy-to-use method to promote the health and well-being of infants born preterm as well as full-term.

Its key features are:

early, continuous and prolonged skin-to-skin contact between the mother and the baby;

exclusive breastfeeding (ideally);

it is initiated in hospital and can be continued at home;

small babies can be discharged early;

mothers at home require adequate support and follow-up;

it is a gentle, effective method that avoids the agitation routinely experienced in a busy ward with preterm infants.

It was first presented by Rey and Martinez, in Bogotá, Colombia, where it was developed as an alternative to inadequate and insufficient incubator care for those preterm newborn infants who had overcome initial problems and required only to feed and grow. Almost two decades of implementation and research have made it clear that KMC is more than an alternative to incubator care. It has been shown to be effective for thermal control, breastfeeding and bonding in all newborn infants, irrespective of setting, weight, gestational age, and clinical conditions.

.....................................................................................

Menurut kajian berkenaan KMC di luar negara, terbukti KMC memberi very huge benefecials to maternal, neonatal and children health status.

tapi, ana masih berfikir, merenung kenapa agaknya hospital di Malaysia sangat kurang yang menjalankan KMC ???

Allahua'lam. cuti yang panjang akan di manfaatkan sepenuhnya untuk 'tenggelam' dalam bidang-bidang ilmu perubatan ni, insyaALLAH.


Ilalliqo' wassalam warahmatulah wabarokatuh.

Thursday, March 10, 2011

Tinta buat bakal suamiku...

Assalammualaikum wrt wbt.

Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang  khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;



“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”



Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.



Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?



Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?



Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.



Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?



Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.




Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.





Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.


Dariku,

Bakal isterimu



credit to: iluvislam.com & UBM

Friday, February 18, 2011

KEMPEN : anak muda tak makan ' mi segera '....

Kempen: Anak muda tidak ‘makan’ mi segera
Yusri Amin   

KETEREH, 18 Feb: Mantan Setiausaha Sulit kepada bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Suhaimi Wan Daud mendakwa Umno Barisan Nasional yang mendominasi kerajaan menggunakan habis-habisan jentera kerajaan bagi mempertahankan parti pemerintah terutama bagi menenangi pilihan raya kecil.

Beliau berkata, bagi mempertahankan kuasa, Umno BN banyak menghabiskan wang untuk dicurahkan pada kawasan pilihan raya kecil berkenaan di samping menggunakan banyak agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Jabatan Penerangan, Komunikasi dan Penerangan.
“Keadaan itu berlaku terutama pada pilihan raya kecil di kawasan luar bandar seperti di kawasan Felda, yang masih lagi ‘termakan’ kempen pembangunan mi segera Umno BN.
“Ini berbeza dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS yang menguasai bandar, namun mudah untuk masuk kampung mendekati rakyat,” katanya pada majlis ringkas upacara penyerahan borangnya memasuki PKR (gambar) yang berlangsung di hadapan lebih 10,000 hadirin di Padang Majlis Perbandaran Islam, Ketereh, malam tadi.

Beliau menyerahkan borang kemasukan dalam PKR itu kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan disaksikan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurutnya, golongan terpelajar termasuk anak masyarakat luar bandar tidak akan terpengaruh dengan langkah Umno BN itu.

“Orang muda tidak akan terpengaruh dengan kempen Umno BN itu. Anak-anak kita  khususnya di Kelantan dan di mana saja, apabila pulang ke pangkuan keluarga diharap menerangkan kedudukan sebenarnya tentang Umno BN,” katanya.

Mengulas tindakannya menyertai PKR, beliau menjelaskan bahawa beliau amat prihatin terhadap pengalaman yang dihadapi masyarakat bandar yang berdepan dengan ‘kemiskinan bandar’ termasuk pemandu teksi.

“Berjuang dalam PKR, saya boleh berjuang dengan lebih luas, lebih jauh untuk membantu orang Kelantan khususnya termasuk di Pasir Mas, selaras dengan kelulusan saya dalam jurusan ekonomi,” tegasnya sambil sinis menyatakan tidak akan terikut-ikut dengan mereka yang melompat parti termasuk dari Pasir Mas.

p/s : alhamdulillah. entry pada kali ni menyentuh ,mengupas sedikit keadaan politik dalam negara. bukan mudah untuk membina daulah Islamiyyah tanpa pengetahuan, tanpa kefahaman, tanpa kesepaduan, tanpa jelas fikrah Islami dalam kalangan  org2 muslim terutamanya...

wallahua'lam

semoga bermanfaat ^-^ insyaALLAH...

Tuesday, February 8, 2011

KeLuArGa TeRcInTa... ^- ^


Alhamdulillah, syukur ya ALLAH..
berkumpulnya kami adik beradik 9 orang semuanya di pagi syawal 1431H..
subhanallah..
kak diana sayang semua adik-adik lillah..
mudah-mudahan kita semua aulad ummi abah soleh solehah, insyaAllah..

sedih, kak diana x dapat masuk gambar..
jadi photographer...

subhanallah, alhamdulillah

segala puji hanya padaMu ya ALLAH...

Surah Yunus : 44

" Sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi manusia sedikitpun , tetapi manusia itulah yang menzalimi dirinya sendiri."