" Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut ,dan dengan tidak mengeraskan suara ,pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang2 yang lengah. " <>

Thursday, October 13, 2011

RESEARCH : Kangaroo-mother care

Bismillah...

Buat sahabat team KMC yang dirahmati ALLAH,

rashid, zainal, bakri, azi, amalina, kak ela, kak ida, diana dan kak dalila,

due date utk setiap perkara yg diuruskan -1)yg berkaitan surat =sebelum 15/10 (sabtu) 2) penajaan = secepat mungkin. yg lain before ada next meeting dgn dr rosidah.

Harap maklum, wallahua'lam ...

Ziarah Mahabbah : Majlis *** 12 mac 2011

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Alhamdulillah


adik-adik sepupu sekaliannya berkumpul di dalam master room, khusyuk dengan cerita kartun mereka. Subhanallah, kak bie rindu kalian semua...



di serikan dengan majlis khatam Al Quran 4 orang adik lelaki. Alhamdulillah.




tiga bersaudara. Ramai yang kata, kalian seiras ja. Subhanallah.


Mohd Fahmie bersama jubah putih kesayangannya.


Alhamdulillah segalanya dipermudah. Terima kasih ya ALLAH !

Abdullah Fahim Al Hafiz bersama Ais Krim Oreonya... ^-^

Bismillah...

Semasa sedang memandu dalam perjalanan nak pulang ke rumah dari bandar, tiba-tiba terdengar bunyi 'sllruupp' di sebelah, tersenyum sendiri.

Kepala menoleh pandang fahim di sebelah, " kakak, nak ais krim di KFC". Diri hanya mengangguk dan senyum manis pada fahim.

Subhanallah !

SOLAT TAHAJJUD : MALAM KEINTIMAN & PERISTIWA BESAR

SOLAT TAHAJJUD : MALAM KEINTIMAN & PERISTIWA BESAR

Subhanallah. Sebuah malam keintiman antara seorang hamba dengan Tuhannya. Kerana mampu menghidupkan malam, tidak sedikit orang yang mengamalkannya mendapat berkat yang kemudiannya menjadi peristiwa besar dalam sejarah.

Malam dijadikan bagi menerima estetika hidup yang luhur. Ingat, ALLAH bersumpah dengan makhluk yg bernama malam ini.

Kisah bisikan Rasulullah saw kepada isterinya bagi bersolat tahajud, menunjukkan dengan jelas kebersamaan dan kemesraan suami isteri menemukan estetikanya apabila bertahajud di kala bangun malam.

Salah satu ciri solat malam Rasulullah saw adalah solat dengan membaca surah-surah yang panjang, yang mana tidak dapat diikuti oleh Aisyah. Isteri termuda Rasulullah saw ini selalu ditemui tertidur semasa beliau sedang solat. Di sini, dapat dilihat sifat penyayang Rasulullah saw. Baginda tidak menasihati atau menegur Aisyah kerana tertidur, sebaliknya baginda membiarkan isterinya terus tidur semasa solat. Malah, ada pemandangan yang lebih indah lagi, iaitu selepas selesai solat, semasa Rasulullah saw membaca doa, baginda meletakkan kepala isterinya ke riba. Akhirnya, puteri Abu Bakar itu tertidur nyenyak di pangkuan suaminya. Dia hanya terbangun apabila air mata agung menitis perlahan-lahan ke mukanya.

Subhanallah, maha suci ALLAH !

Selepas memerhatikan aktiviti yang memberikan maqaman mahmuda, bangun dan hidupkanlah malam kita dengan amal soleh, dengan izin ALLAH, kita mendapat kedudukan mulia.


Rujukan : diari hidup Rasulullah saw, Ustaz Arifin Ilham