" Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut ,dan dengan tidak mengeraskan suara ,pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang2 yang lengah. " <>

Thursday, October 13, 2011

SOLAT TAHAJJUD : MALAM KEINTIMAN & PERISTIWA BESAR

SOLAT TAHAJJUD : MALAM KEINTIMAN & PERISTIWA BESAR

Subhanallah. Sebuah malam keintiman antara seorang hamba dengan Tuhannya. Kerana mampu menghidupkan malam, tidak sedikit orang yang mengamalkannya mendapat berkat yang kemudiannya menjadi peristiwa besar dalam sejarah.

Malam dijadikan bagi menerima estetika hidup yang luhur. Ingat, ALLAH bersumpah dengan makhluk yg bernama malam ini.

Kisah bisikan Rasulullah saw kepada isterinya bagi bersolat tahajud, menunjukkan dengan jelas kebersamaan dan kemesraan suami isteri menemukan estetikanya apabila bertahajud di kala bangun malam.

Salah satu ciri solat malam Rasulullah saw adalah solat dengan membaca surah-surah yang panjang, yang mana tidak dapat diikuti oleh Aisyah. Isteri termuda Rasulullah saw ini selalu ditemui tertidur semasa beliau sedang solat. Di sini, dapat dilihat sifat penyayang Rasulullah saw. Baginda tidak menasihati atau menegur Aisyah kerana tertidur, sebaliknya baginda membiarkan isterinya terus tidur semasa solat. Malah, ada pemandangan yang lebih indah lagi, iaitu selepas selesai solat, semasa Rasulullah saw membaca doa, baginda meletakkan kepala isterinya ke riba. Akhirnya, puteri Abu Bakar itu tertidur nyenyak di pangkuan suaminya. Dia hanya terbangun apabila air mata agung menitis perlahan-lahan ke mukanya.

Subhanallah, maha suci ALLAH !

Selepas memerhatikan aktiviti yang memberikan maqaman mahmuda, bangun dan hidupkanlah malam kita dengan amal soleh, dengan izin ALLAH, kita mendapat kedudukan mulia.


Rujukan : diari hidup Rasulullah saw, Ustaz Arifin Ilham

No comments:

Post a Comment